SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SUNGAI SUGAI

Selasa, 30 Julai 2013

UTAMAKAN KESELAMATAN

 
Sebatang pokok rambutan yang tumbuh liar di hadapan pintu masuk ke SK Sungai Sugai telah dikenalpasti mengancam keselamatan murid-murid dan juga warga sekolah yang lain. Dahan dan ranting telah mula reput dan sering jatuh dan menimpa bumbung pondok jaga dan jika tidak diambil tindakan segera dikhuatiri akan tumbang dan menghempap bangunan prasekolah. Pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk menebang pokok rambutan tersebut dengan meminta bantuan daripada penduduk rumah panjang. Walaupun pada mulanya ada kakitangan yang sanggup untuk menebang pokok tersebut namun guru besar dan penolong kanan-penolong kanan tidak mahu mengambil risiko maka khidmat penduduk rumah panjang yang pakar adalah pilihan yang terbaik. Maka pada 28 Februari 2013 (Khamis)yang lalu aktiviti menebang pokok tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada guru-guru dan juga kaki tangan.
Aktiviti tersebut terpaksa dilakukan di sebelah pagi disebabkan pakar yang dijemput hanya dapat meluangkan masa pada waktu itu sahaja. Guru dan kakitangan yang masih berbaju batik turut meluangkan masa rehat mereka untuk membantu menumbangkan pokok rambutan yang tidak berbuah "kopek' itu.
Mungkin pokok rambutan ini ada meninggalkan nostalgia kepada sesetengah pihak...
 
 
 
 
Antara buah rambutan yang sudah masak....masam.....manis...
 
Guru-guru dan kaki tangan - kaki tangan menikmati buah rambutan.
Di sebelah belakang sana ialah banguna prasekolah.
 
 
Proses mengikat tali pada bahagian pucuk pokok.
 
 
 


antara guru-guru dan kaki tangan yang terlibat.
 
Tukang tebang yang baik hati... terima kasih banyak-banyak


Isnin, 22 Julai 2013

PROGRAM MOTIVASI PERMATA SUGAI UPSR 2013

   Pada tahun ini, banyak program telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik murid-murid terutamanya murid-murid Tahun Enam yang akan menduduki UPSR pada 10,11 dan 12 September 2013. Mereka telah menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan pada sebelah petang dan juga pada cuti sekolah. Guru-guru telah memberi komitmen sepenuhnya dan bersedia untuk membimbing mereka sementelah menjelangnya  UPSR  tidak lama lagi.
   Pihak sekolah begitu menaruh harapan agar sasaran UPSR pada tahun ini dicapai dengan jayanya. Perkembangan prestasi murid-murid, terutamanya murid-murid yang belajar di Tahun Enam  sentiasa diambil berat dari masa ke semasa. Kecemerlangan murid-murid bukan hanya tertumpu pada aspek mental sahaja bahkan naluri ataupun jiwa mereka harus bergerak seiring.  Untuk tujuan tersebut, pihak sekolah dengan kerjasama PPD Julau telah mengadakan program motivasi khas dengan melibatkan murid-murid Tahun Enam dan juga ibu bapa mereka. Program motivasi yang dikenali sebagai Program Motivasi Permata Sugai telah diadakan pada 16 Julai 2013 bertempat di Dewan Makan SK Sungai Sugai.
   Pendekatan bagi program motivasi pada kali ini agak berbeza berbanding program-program motivasi yang pernah dianjurkan. Bagi menjayakan majlis tersebut pihak sekolah telah menjemput Encik Thaddeus Liyam Anak Chabo dari Unit Pengurusan Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Julau untuk menyampaikan ceramah. Encik Thaddeus berjaya membawa murid-murid menghayati isi kandungan ceramah  yang berkisar tentang tanggungjawab  terhadap diri, keluarga dan masa depan mereka. Sepanjang sesi ceramah tersebut banyak tips yang dikongsikan oleh Encik Thaddeus memberi manfaat kepada murid-murid untuk membuat anjakan diri yang lebih positif.