SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SUNGAI SUGAI

Ahad, 5 Mei 2013

SK SUNGAI SUGAI JUARA LAGI


Warga sekolah dengan penuh bangga mengucapkan tahniah dan syabas kepada kontinjen olah raga SK Sungai Sugai yang telah menjuarai sukan pembangunan belapan dan padang MSSR Zon Pakan, yang telah diadakan di Komplek Sukan Pakan pada 24 hingga 25 April 2013. Kejuaraan ini adalah kali yang kelapan yang dimenangi secara berturut-turut semenjak 2006 lagi. 
Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah sebaliknya memerlukan kerjasama daripada semua pihak serta komitmen yang tinggi daripada murid-murid. Jika diukur dari segi saiz  fizikal murid-murid yang dipilih mewakili sekolah, misi untuk mengekalkan kejuaraan itu dianggap agak mustahil. Namun sasaran dan harapan tinggi daripada pihak sekolah telah menjadi penyuntik semangat kepada 27 orang atlet sekolah untuk mencuba dengan sedaya upaya yang termampu.
Para jurulatih yang berwibawa juga turut menjadi penyumbang kepada kecemerlangan ini. Para pelajar telah didedahkan secara berterusan tentang teknik-teknik larian yang betul dan secara langsung telah meningkatkan tahap keyakinan mereka apabila menempuhi hari pertandingan.
Encik Aling selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum sangat yakin dengan kebolehan para atlet sekolah yang membawa cabaran dalam pertandingan pada kali ini. Beliau memuji akan sikap atlet yang tidak mudah menyerah kalah walaupun mengalami kecederaan. 
Dalam ucapan Guru Besar semasa majlis meraikan kejayaan kontinjen sekolah, beliau sangat mengharapkan agar murid-murid yang lain dapat meneruskan tradisi tersebut dan sudah pastinya kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah.




Barisan kontinjen sekolah
Guru Besar bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum melekatkan
 gambar  kontinjen  sebagai  tanda kenangan-kenangan


Guru Besar menyampaikan ucapan pada majlis meraikan para atlet sekolah


Salah seorang pelajar yang
banyak menyumbangkan
 pingat bagi acara  belapan