SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SUNGAI SUGAI

Ahad, 25 Ogos 2013

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2013

Sudah menjadi budaya di sekolah SK Sungai Sugai untuk mengadakan majlis yang boleh mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warganya. Setiap kali berakhirnya perayaan agama atau kaum maka majlis jamuan akan diadakan. Tidak kira ringkas atau hebat, sesuatu majlis itu akan diraikan dalam suasana yang meriah. Sementera masih berada bulan Syawal dan kehangatan Aidilfitri masih lagi terasa, guru-guru dan staf  Muslim di sekolah ini mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri. Guru dan staf yang bukan beragama Islam turut sama-sama membantu menyediakan juadah yang begitu menyelerakan. Biasalah,hari raya menu seperti  kari ayam, daging masak hitam. rendang, nasi beryani, sate berserta sambalnya dan tak lupa laksa Sarawak memenuhi meja pada tengah hari itu.
       


 


 
 
 
 
 
 
 


 

Ambil gambar dulu... lepas tu baunya...

 
Selepas ini tambah lagi.
  
Guru-guru dan staf Muslim SK Sungai Sugai 2013

SELAMAT HARI RAYA