Murid-murid Tahun Enam menduduki ujian diagnostik yang diadakan serentak di seluruh daerah Julau dari 4 hingga 6 Februari 2013. Kertas-kertas ujian ini telah disediakan oleh pihak pejabat pelajaran daerah mengikut format UPSR yang sebenar. Pihak sekolah khususnya unit kurikulum telah menyediakan jadual waktu peperiksaan yang diselaraskan dengan jadual waktu induk. Ujian ini telah berjalan dengan lancar dan kesemua 26 orang murid telah hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan